Tuesday, October 5, 2010

MENSYUKURI NIKMAT KEHIDUPAN

Masih dapat hidup adalah nikmat yg luar biasa. Sayangnya,jarang2 manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup adalah nikmat yang biasa2. Justeru, ramai yg tidak berterima kasih kepada Tuhan kerana masih dihidupkan. Padahal Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya menbaca doa ini sebaik sahaja kita bangun daripada tidur. "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)
Dapat bangun dari tidur dan hidup lagi pada setiap hari wajib disyukuri. Ini kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yg tidur pada malamnya, terus tidak bangun2 lagi kerana ajalnya telah sampai. Walaubagaimanapun cara mensyukuri nikmat hidup tidak cukup hanya sekadar membaca doa sahaja. Tetapi apa yang lebih penting adalah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadi gunakanlah hidup untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. gunakanlah umur untuk melaksanakan ibadah sama ada ibadah yg khusus, ibadah umum atau ibadah sunat. Dan tegakkanlah hukum Allah dalam setiap bidang kehidupan-peringkat diri,keluarga,organisasi,masyarakat dan negara. Hargailah usia ini selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya.
Rasulullah s.a.w mengingatkan akan keutamaan usia ini melalui sabdanya bermaksud: "Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian, jika dia orang yg berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia orang yg berbuat buruk, mungkin sahaja dia akan memohon keampunan." (Riwayat al-Bukhari)
Panjang pendeknya umur manusia tidak sama. Kita datang ke dunia seperti menaiki sebuah bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yg naik dahulu akan turun terlebih dahulu. Ada masanya yg naik dahulu akan turun kemudian dan ada pula yg naik kemudian akan turun dahulu. Maksudnya, ada manusia yg baru dilahirkan tetai usianya tidak panjang, sudah sampai ajalnya dan pendek umurnya. Ada pula yg lahir lebih awal, tetapi masih hidup berbanding yg lahir kemudian.Penetapan ajal ini sangat rahsia dan hak mutlak Allah menentukannya.Oleh sebab umur tidak diketahui panjang atau pendeknya, kita harus bersedia bila2 masa untuk dipanggil bertemu Ilahi. Penetapan usia itu telah ditentukan sejak dari alam rahim lagi. Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan Allah, antaranya rezeki, tempoh kematian, celaka atau bahagianya kita.
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: "Rasulullah s.a.w seorang yg benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari. Sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua,terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap 40 hari kali ketiga, bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat utk meniupkan roh serta memerintahkan supaya ditulis empat perkara iaitu rezekinya, tempoh kematiannya, amalannya serta nasibnya sama ada kecelakaan atau kebahagiaan." (Riwayat al-Bukhari no.3154)

YANG ANEH TENTANG USIA NABI
ADAM - Hidup paling lama iaitu 1000 tahun. Dikebumikan di India dan ada riwayat yang mengatakan dikebumikan di Baitul Maqdis.

IDRIS - Hidup 865 tahun.

NUH - Hidup selama 950 tahun. Umur ini sebenarnya telah dipotong sebanyak 50 tahun daripada umur asal Nabi Nuh.

HUD - 464 tahun. Dikebumikan di timur Hadramaut,Yaman.

IBRAHIM - 200 tahun. Dikebumikan di Palestin.

ISMAIL - 137 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.

ISHAK - 180 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.

YUSUF - 110 tahun. Wafat di Mesirtetapi dikebumikan di Palestin atas permintaannya.

SULAIMAN - 52 tahun. Mewarisi kerajaan daripada ayahnya semasa berusia 12 tahun dan kerajaan kekal baginda kekal selama 40 tahun.

ZAKARIA - 150 tahun. Baginda mendapat zuriat walau uban sudah memenuhi kepala dan isteri baginda mandul.

YAHYA - Diriwayatkan lahir pada tahun yang sama dengan Isa.

ISA - Paling singkat usianya di bumi ini. hidup selama 33 tahunsebelum diangkat ke langit. Ibunya Maryam wafat semasa 53 tahun iaitu 6 tahun Isa diangkat ke langit.

MUHAMAD - 63 tahun.


Berilah daku setitis kasihMu... berilah daku... yg sangat dahagakan nurMu.... Ya Ilahi.... sempurnakanlah akhlakku sepertimana kau telah sempurnakan rupa parasku... Amin...